Saturday, November 26, 2011

Quiet Lion Creations: Re-Vamp your Friendship Bracelets!

Quiet Lion Creations: Re-Vamp your Friendship Bracelets!: No, this tutorial does not have you making any type of designer DIY! It's a simple tutorial to make cool the-dye friendship braided bracel...

Friday, July 15, 2011

Siapa sukat David Archuleta??!! Tiket murah kat sini!!

Assalammualaikum,

nak tengok David Archuleta perform depan mata korang? NAK??!!

Milk A Deal ada buat offer, korang click je kat bawah ni and follow their step!

Siapa cepat dia DAPAT!!


U've followed him on TV, now it is time to catch him live! Be part of #DavidArchuleta concert! #MilkADeal

Thursday, July 14, 2011

Memories in Sekolah Rendah

Assalammualaikum.. 


Hi all? Do you have a great day so far? Mine's good. Hari ini aku pergi breakfast dengan geng ibu aku. actually, hari ini nak puasa, tapi tiba-tiba sakit M pula. Sakit M tu sakit apa? Sakit MALAS!! Memang sakit ni dah ada dalam badan aku sejak aku kecik lagi. Aku dengar, penyakit ni semua orang ada, cuma tahap kronik dia je yang lain. :D


After aku pergi breakfast, ibu aku ajak aku pergi sekolah adik yang bongsu. Dia masih lagi berada di sekolah rendah, tapi last year dah. Yup, tahun ni UPSR. tapi baca buku tak moh. Main dengan kawan je ghetinyer. Tiap-tiap petang keluar! geram aku nengoknyer. 


Ibu aku ajak pergi sekolah dia sebab adik aku ini tak termasuk dalam list intensif (ke insentif?) aku rasa intensif. LOL! :) subjek bahasa inggeris. ibu aku cakap, budak yang dapat 4A dengan 5A dapat, tapi adik aku yang 3A 2 B tu tak dapat pula. Aku pun pergi jelah teman ibu aku. 


Masa dekat sekolah tu, aku tak masuk dalam bilik guru pun, malaslah nak masuk, jumpa cikgu yang aku kenal nanti mula lah tanya aku belajar mana semua-semua tuh. tapi tak ramai pun sebenarnya cikgu yang aku kenal tu sebab aku bukan sekolah melayu dulu, aku sekolah cina. 




SRJK(C) KHEE CHEE, tahun 2000 hingga 2005.. dah tak ada benda nak buat, aku pun pandanglah kebawah, keatas (bilik guru, pejabat, pentadbiran tingkat 2) tiba-tiba banyak betul memories masa sekolah rendah mengasak mindaku.. chewah chewah.. ayat BM dia. Biasalah, BM A+ LOL!! :)) aku tengok budak-budak lari main kejar-kejar, budak perempuan dok sesame makan bekal yang mak bagi, tudung senget benget, baju kena sambal nasi lemak.. macam-macam lagi lah.. kelakar pun ada jugak. 



kelakar sebab dieorang semua kecik-kecik je. yang budak lelaki pun baju sekolah tu siap butang sampai atas, nak tercekik dah aku tengok. tapi 1 benda yang aku notice, tudung sekolah budak perempuan. Masa zaman aku dulu, tudung sekolah still macam tudung biasa yang kita tengok. Tapi budak sekarang, mudah sangat. Pakai tudung arianni sudah. tak payah nak lipat-lipat, tak payah nak ambik lilin buat keras muncung tudung tu, tak payah nak gosok-gosok. Bagus betul. Senang.. budak sekolah menengah aku rasa, boleh pakai tudung arianni ni kalau ada KOKO, aktiviti ke boleh lah.. Kalau pakai tudung warna putih tu juga tak boleh kot. Sebab nanti dieorang banyak cekadak, tudung singkat, tak tutup dada! 


Aku masa sekolah rendah dulu, tak pakai tudung pun.. Sekolah cina kan, tak ketat sangat peraturan dia. masa zaman aku duluada 2 3 orang je pakai tudung. Sekolah cina dekat tempat aku, tak ramai orang melayu yang hantar anak dia kat sekolah cina. Sebab masa tu baru masuk zaman millennium, otak masing-masing baru nak terima pembaharuan. Aku bukan cakap semua orang kolot, parents aku maju ke depan. Tidak sama sekali, tapi pandangan masing-masing yang berbeza so mana yang dapat terima, dieorang daftar je kat sekolah cina, mana yang tak tu tak lah. Macam parents aku masukkan aku dalam sekolah cina sebab ayah aku keturunan cina, so maybelah dia nak anak dia reti cakap cina jugak.




Masa tahun 2000 tu, sekolah Khee Chee buat style baru. Dieorang satukan anak-anak melayu dalam 1 kelas sebab nak bagi kiteorang tak stress belajar  takut masa periksa nanti kena compete dengan anak-anak cina. tapi ada seorang girl ni kan, mak dia minta dia dimasukkan dalam kelas yang lain, means ada budak cina lah. tapi tahun 2000 tu je, lepas tu takdek dah kelas macam tu, tahun seterusnya, semua campur. Melayu, cina and india~


Nama girl ni Farah. Her mom is chinese and amat-amat menentang anak dia dimasukkan dalam kelas aku tuh. Masa aku dapat tahu tu, sumpah aku nyampah giler dengan dia (baru darjah 1 dah pandai menyampah dengan orang, tu menunjukkan budak masa dulu pandai! LOL!! :D) aku tak berapa baik sangat dengan dia. tapi masa darjah 6 tu, aku satu kelas dengan dia, so masa last year tulah aku baik dengan dia. mujur aku baik dengan dia sebab lepas few months, she have to move to Doha, Qatar sebab ayah dia dapat kerja sana. Aku punyalah rapat dengan dia sampaikan kiteorang buat plan yang aku nak ikut dia stay kat sana. 


Ni lah Farah. Ni recent picture of her.
Bukan itu sahaja, aku masa kat sekolah dulu rapat giler giler punyer rapat dengan budak cina. Kawan dengan budak cina dengan budak melayu jauh giler bezanya. kalau kawan dengan budak cina, selain dieorang ni banyak duit, dieorang boleh improve BC kita and suka dekat artis cina plus korea. kalau kawan dengan budak melayu pulak, they all about couple-couple, melawo, ajak ponteng kelas or whatsoever.. tapi ada jugak baiknya kawan dengan 2 kaum nih. Tak payah aku nak tulis kat sini aku rasa, korang sendiri pun tahu kan? Kang cakap aku racist plak.. takdeknyer nak racist-racist aku ni, kalau ada transfer student dari Zimbabwe pun aku kawan taw! 


Sebenarnya, Aku dah lupa separuh budak dalam kelas aku dulu, tapi yang mana aku ingat semua kawan dengan aku sampai sekarang, cuma rapat atau tidak je. pastukan, jangan main-main, ada juga yang budak cina suka kat aku! LOL!! serious lawak giler.. die confess kat aku masa aku tengah makan roti canai kat kedai mamak near my school. Tapi tak couple pun, isu tu senyap macam tu je sebab aku pun tak tahu apa couple-couple ni masa dulu. tapi guy ni aku suka dia sejak darjah 4. Suka gitu-gitu jelah sebab dia handsome! kuat kacau orang!! 


Ni antara geng dia, yang suka aku tu dok tengah-tengah.. Handsome kan? 
Masa 6 tahun aku dah masuk tadika cina so kirenyer aku dah ada basic bahasa cina (BC). Jadi selama aku belajar 6 tahun kat sekolah cina, aku takdek masalah sangat, cuma malas je lah nak buat kerja sekolah. Kau orang semua ingat sekolah cina takdek kerja sekolah ke? Sekolah melayu yelah takdek sangat kerja sekolah, tapi sekolah cina tiap-tiap hari wajib ada kerja sekolah, at least 5 subject. Sebab tu kalau korang perasan, budak yang pergi sekolah cina beg dieorang semua macam nak gi daki gunung. kalau buat alasan tertinggal buku, cikgu-cikgu akan suruh murid telefon sesiapa kat rumah tolong hantarkan buku tu. Sebab tu kalau tak siap or tak buat homework, cakap je terus. Paling kurang pun kena rotan kat tangan je. Aku dulu baik, cakap terus terang, takdek nak nyusahkan parents aku tolong hantar kerja sekolah kat aku. LOL!! 


couple ke budak kiri sekali nih? LOL! 


Apa lagi ek yang aku nak cerita? Hmm.. tu jelah kot. sistem pembelajaran sekolah cina lain sikit dengan sekolah melayu. Kalau sekolah melayu, yang mana dapat banyak A tulah dieorang tekankan, tapi yang budak kurang A ni dieorang tak utamakan sangat. Tu apa yang aku nampak, tapi kalau salah sorry lah ek! Sekolah cina lain, dieorang memang tekankan budak kelas last-last ni. kalau tak mampu bayar duit yuran kelas tambahan, pihak sekolah buat Skim Baucer Tusyen. Tusyen for free. tak payah bayar langsung. Maknanya terpulang pada diri sendiri lah, kalau rasa nak dapat banyak A, datang, kalau tak nak A tu, tak yah datang, dok rumah tengok kartun! 


Next, pandangan masyarakat. yang ni berat sekali nih. Pernah dulu kawan mak aku tanya, "Ailee sekolah cina ni pandai sembahyang tak? pandai mengaji tak?" Ehem.. memanglah nama sekolah cina, tapi pihak sekolah ada juga selitkan pembelajaran Agama Islam dalam jadual harian kiteorang. 1/2 jam setiap hari. memanglah tak banyak, tapi ok lah daripada takdek langsung. So, budak sekolah cina ni dieorang sama je dengan budak sekolah melayu, cuma kiteorang pandai cakap cina. tu je, tak besar pun difference dia. :) Masa waktu Agama Islam (AM), ustazah ajar macam-macam. tapi ikut hari lah. Kadang-kadang hari isnin dia ajar tauhid, selasa sirah, rabu jawi and lain-lain. Hari jumaat selalunya dia buat kelas mengaji. aku dulu walaupun sekolah cina tapi pernah juga masuk pertandingan tadarus. Masa tu lagi bangga sebab walaupun sekolah cina, tapi ada jugak menyertai and menang jugak. Ibu aku dulu dia masukkan aku dekat tahfiz al-munawarah, balik sekolah, mandi-mandi, solat, makan then gi ngaji. pukul 5 balik. 


Actually, bersekolah di sekolah cina tak bermakna tinggal solat sokmo, nanti sembahyang macam orang cina, itu semua kerbau-shed! aku ni sekolah cina tapi reti je solat, khatam je Al-Quran, ada kawan aku tu sampai sekarang pakai baju jubah and tudung labuh, padahal kiteorang sama-sama je sekolah cina dulu. it all depends atas seseorang tu. macam aku, dulu aku free hair, tapi aku bertudung masa form 4. ok je. memanglah tak tutup aurat sepenuhnya tapi kita tak perfect kan? kita usahalah perbaiki diri kita sendiri. macam aku cakap tadi, it all depends on yourself, kalau korang rasa nak jadi nakal, jadilah, nak jadi baik, jadilah. sebab dosa tanggung sendiri, bukan boleh main pass-pass. 


aku dulu kain coklat! :)
unfortunately, aku tengok budak zaman sekarang tak macam budak zaman dulu. Sekarang ni budak darjah 6 pun dah tahu apa tu hubungan seks, couple-couple, merokok and others. lepas tak malu pulak tu pergi upload video or gambar dekat internet. Mana maruah korang ha? aku nak hidup lama lagilah sebab ibadat aku tak cukup lagi nak hitung nanti, tapi dengan perangai korang ni, macam bagi sign pulak yang dunia dah di akhir zaman. Buat-buatlah bertaubat. 



OK lah, aku tak mahu membebel (padahal dah bebel pun) dah sebab nanti makin kurang pulak orang baca blog ni, dahlah jarang update.. :) sorry yer siapa yang tersinggung, aku tak berniat pun. oh ye, ada 1 pose yang aku dari dulu lagi nak cuba tapi tak pernah nak dapat peluang. Pose ape? pose ni ha, 


Pose HAPPY SEBAB DAPAT RESULT GEMPAQ!! masa UPSR tak dapat, PMR tak dapat, SPM pun tak dapat. Takpelah, aku cuba masa time diploma pulak! LOL!! :) 


Have a great day everyone who read this post! Tak baca pun hope you guys have a great day too!! 

Tuesday, June 28, 2011

Go Kart, Stadium Melawati Shah Alam



Venue: Stadium Melawati, Shah Alam
Date: 25th June 2011
Assalammualaikum. Hi! I'm so happy today because my Uncle who works as a manager at Delicious One Utama have treated me with Chicken Chop! hahaha.. I have been longing to eat the real chicken chop, not just simply fried the ready made chicken chop. Ni yang taraf 5 star punya Chicken Chop. 

Okay, back to our main title. Go Kart! :) 
Hari tu ayah aku ajak aku pergi main Go Kart ni sebab office dia buat aktiviti. Aku personally sangat suka office mates ayah aku sebab walaupun dieorang ni semua ni terlebih kaya, tapi tak sorang pun menyombong dengan aku or dengan yang lain. Aku respect dengan boss ayah aku. Sebab walaupun aktiviti ni tak seberapa, tapi dia still datang and join the race with us! yup! race~~ 

Suara: Kau race ke ailee? cam tak caya jeh.. Mesti kau kalah kan? 

Me: hello! aku memang ok! tapi no 3 jelah. hehe.. at least aku menang, tak macam ayah aku. haha. dia kalah! 
see? aku menang jugak!
Aku sebelum ni pernah jugak go-karting nih, tapi masa kecik kemotet dulu. Aku main di Genting. Sekarang dah nak masuk 18 dah, bayangkanlah, dari kecik kemotet hingga dah besor gedabok gini. Kirenyer dah lama jugaklah aku dah tak main. 



Ayah aku ajak aku join sekali sebab ramai office mates dia tak datang, and plus i already got my driving license. Hehe.. so, aku pon ape lagi, join jelah! tapi kan, dia bukanlah macam race F1 tuh, yang siapa sampai finish line dulu dia menang. Tapi kiteorang nih, ENDURANCE RACE. kau drive lah go-kart tu sampai 90 minit. tapi 1 team 3 orang. Aku punya team ni short seorang sebab Uncle Kogi's daughter tak lepaskan dia. Bapak dia lepaskan je, dia terus nangis. So, it just left me with Uncle Roslan. 

First driver mesti bawak sampai 10 minit dulu then baru boleh tukar driver, tapi Uncle Roslan kata, dia bawak 30 minit, aku bawak 30 minit then the rest, dia yang habiskan. So, mula lah race tu. Aku seriously tak tahu macam mana dieorang nih kira sebab tengok-tengok aku dapat nombor 3. Okay lah tu for beginner. daripada tak dapat apa-apa langsung. 


Aku drive go-kart ni seriously pening! sebab banyak selekoh dekat litar dieorang nih. Berapa ratus kali aku buat drift. okay tipu, takdeklah sampai ratus, tapi nak dekat 7 kali aku rasa. Aku race semua dengan pakcik-pakcik. Yang auntie-auntie nyer bawa go-kart tu macam tengah cari parking dekat shopping mall. Slow and steady jer. 

cina tu nak ngorat aku tapi sebab aku pakai helmet, jadi kalis suara, so aku tak layan lah *perasan*

Litar dia

Aku bersemangat race sebab aku dah lama tak bawa kereta. Biasalah, baru dapat lesen, giler stereng wa cakap sama lu. tapi aku rasa, aku takkan ada rasa jenuh dengan stereng nih sebab aku memang suka kereta. And I thought, why not Go-Kart be one of the activity that my family should do once a year. Duit pun tak banyak guna aku rasa. Just beli helmet and glove. kalau nak race tu yerlah beli go-kart sebijik! tapi aku tak nak, aku nak Myvi yang palling baru tu je, apa nama dia? Myvi lagi Best kan? Tapi mahal sangat lah. Kena tunggu lagi 3 tahun lah kot. Tu lah susahnya kalau keluarga bukan jenis yang berduit. nak harap duit Nuffnang, tak dapat 1 sen pun. Kesian aku nih. tak kesian ke? tak ? tak pelah~ aku kesian sorang-sorang.. 

kenapa aku rasa warna purple tak berapa lawa huh?


Ok lah, aku nak sambung main Angry Birds eh, nak sambung kemas barang dalam kedai nih sebab kedai auntie aku ni nak renovates, so kena kemas lah apa yang patut. :) 

Siapa-siapa yang follow aku nih, tolonglah click dekat iklan tu, kalau malas, bagilah comment. Thanks, byep! :)
boss ayah aku pakai t-shrit biru tu, dia sorang je mat salleh (kiri sekali) yang ada dalam gambar ni.

dieorang semua cool! like seriously~

Sunday, June 26, 2011

Tiba-tiba sahaja terbayangkan situasi nih..

Assalammualaikum..

Hi! korang semua sihat? aku so far so good.. :) 
hari ni hari Ahad, mesti korang semua tengah bersuka ria, bergelak ketawa semua-semua kan? well, jangan gelak banyak sangat, keluar ilmu tu nanti, kalau tak silap aku makruh gelak banyak-banyak ni kan? correct me if i'm wrong. aku ni suka gelak kalau korang nak tahu.. :D
Hari ni hari Ahad, but i'm still at my Auntie's shop. Kerja~ 

Buat masa ni baru ada 2 customers masuk kedai nih, tapi my sis handle kan sebab dia lagi bagus layan customers, aku bagus layan telefon je. *smiles innocently* so sebab tak ada benda aku nak buat, aku bacalah blog TheOtherKhairul sebab aku suka baca entry dia. baru meningkat dewasa, tapi lagaknya macam dah hidup selama 100 tahun. sarat dengan nasihat dan events yang boleh buat kita sama-sama renungkan. :) yes, aku puji dia nih.. 

bila baca old post entry dari blog Mr. K nih, aku click lah post yang ada kaitan dengan raya and puasa. Yelah, as we all know, bulan 8 nanti kita akan berpuasa. Korang dah habis ganti puasa dah? aku lagi 2 hari.. :) tiba-tibakan, aku terbayangkan macam manalah orang bujang ni berbuka? sebabkan, kalau tak silap aku, mengikut cerita-cerita Mr. K nih, dia duduk dengan housemates dia seramai 7 orang plus him. family jauh. jadi, aku rasa curious dengan rutin dieorang masa bulan puasa. memanglah tak berubah, dari ada kelas, takkanlah tak gi kelas pulak. nak mati awal ker? tapi masa dieorang nak bangun sahur, masa berbuka tu yang buat aku curios. 

aku ada pengalaman gerak orang lelaki bangun sahur. bukan pakwe or sesiapa, paklang aku. masa aku umur 8 kot, aku balik Jengka, nak berbuka dengan saudara-mara since hari tu ramai saudara aku balik kampung. malam tu memang kiteorang berbuka dengan meriah lah!! syok!! adik beradik ibu aku ada 8. masa tu cuma 3 orang lagi yang tak berkeluarga. masa tu cucu wan dengan atuk aku ada 20,plus me, 21... duduk berderet je panjangnyer, masa nak makan bising je semua. then tibalah untuk gerak sahur. aku masa dulu raji giler bangun sahur sebab dapat tengk muka ngantuk sorang-sorang. rasa macam best pulak. orang lain lemah je, kita segar bugar! :)  




masa tu paklang aku je tak turun sahur lagi. so ibu aku cakap, "Ailee, gi gerak paklang bangun." Aku pun cakap lah, "okay!" berlari naik tangga aku bersemangat nak gerak orang bangun. Aku pun buka lah pintu bilik paklang aku. aku bukak lampu. nampaklah dia tengah berkerut dengan mata yang tertutup sebabnyer lampu memang betul-betul atas muka dia. haha! aku tepuk lengan dia. 
"Paklang, bangun, ibu suruh paklang makan sahur." 

"Tak nak lah. paklang nak tidur." 

"Okey"

Aku pergi kat ibu, "Ibu, paklang kata dia taknak sahur, dia nak tidur."
Ibu aku tak bersuara tapi arwah atuk aku yang bersuara, "gerak je dia. kata atuk suruh" 
(rindu atuk aku. dah 3 tahun dia meninggal)
aku pun berlari lah naik tangga then pergi bilik dia. 

"paklangggggg.. atuk suruh bangun!!" Aku goyang-goyangkan badan dia. katil lama memang over kan enjutan dia? haha.. macam duduk atas tilam air je. tapi ada 'nget nget nget' sound. spring lama.. 

"Nantilah..." paklang aku tolak kepala aku. aku rasa sebab ni lah aku tak berapa cerdik, main kepala! 

aku ni umur 8 tapi sekali tengok macam umur 10. badan aku memang besar, tapi tak gemuk, cuma rangka besar. :) serious~ 

Sekali, aku duduk atas badan belakang dia then aku henjut-henjut dia lagi. alamak! bila aku terfikirkan ni, macam lucahlah pulak... hahahahaha!! 
"Paklang~~ bangunlah!!!!" 

Dia still tak bangun-bangun. aku turun katil, geletek kaki dia. sekali dia tendangnya aku. terjatuh gedebuk aku atas lantai tu. tapi still, dia tak bangun jugak. 

"Atuk!!! paklang tak mahu bangun!!" aku jerit dari atas. 

"Pulas je telinga dia tu kuat-kuat." 

"kalau dia marah, atuk backup ailee taw." 

"Ok!" 

Aku pun, ape lagi, pulas 2 2 sekali telinga dia kuat-kuat sebab geram sangat dia buat aku macam-macam!! 

terus dia terduduk atas katil tu. then dia betulkan kain pelekat dia and turun sahur. 

agaknya memang lelaki bangun sahur macam tu eh? Mr. K, sila jawab! haha.. 

jadi, aku tiba-tiba terbayangkan Mr.K nih, dia cakap kemain bagus, tapi entah-entah bangun sahur liat yang amat! kalau kat rumah, selalunya ibu kita yang gerak kita bangun kan? tapi kalau kat rumah orang bujang (lelaki) ? mesti baguskan orang yang mula-mula bangun tuh.. boleh buat calon suami~ 

then kalau waktu berbuka pulak, kalau duduk dengan family, akak, adik perempuan, ibu yang servekan hidangan. kalau kat rumah orang bujang lelaki lak? bentangkan surat khabar or tikar gulung tu, semangkuk kurma, duduk keliling kurma tu then bila masuk je waktu berbuka, tadah tangan baca doa berbuka then doa makan, habis je, terus buka getah, makan makanan yang beli kat pasar ramadhan tadi. kan? aku bukan nak kutuk lelaki nih, tapi i'm just curious. pe kata mr. K buat entry pasal nih? 

To Mr. K, kalau kau suka perempuan yang pakai Jubah seluar, then aku suka lelaki pakai macam nih, 



ala-ala ustaz Amirul gitu.. huhu

sebelum bye, aku hope korang semua menggantikan puasa yang korang tak sengaja or sengaja tinggalkan tahun lepas. :) 



byep!



Friday, June 24, 2011

Heels patut sama tinggi dengan Hills? wakluuu! sape kabo?!

Assalammualaikum.. hi korang! korang pernah tak tengok girls pakai heels yang amat tinggi? yang heels dia tu kalau patahkan then cucuk mata orang, boleh buta terus orang tu? Pernah tak? Aku tiap-tiap hari nampak ada orang pakai heels tu. Sebab sekarang ni aku kerja, jadi assistant at my aunt's shop. D'Fines Home Furnishing dalam One Utama. 2nd floor.. So, ramai lah customers come and go and ada yang lalu lalang depan kedai ni. Jenis perangai aku, kalau tengok orang nih, dari muka then turun ke kaki, means kasut dia lah! tak kira lah orang tu hensem or tak, cantik or tak. 

Aku jadi pelik yang amat bila tengok girls, of course lah girls kan pakai heels, takkan boys pulak. or actually ada lelaki yang pakai heels? dalam movie toksoh citer ah! ok-ok, sambung tadi.. Bila tengok girls pakai heels yang tersangatlah tinggi nyer!! kadang-kadang naik terbeliak aku bila tengok heels macam tu. tak sakit ke kaki dieorang bila nak berjalan? bukan apa, bila kita gi shopping complex or whatever yang memerlukan kita berjalan, bukan ke keselesaan yang patut kita utamakan? 

For example: 
situasi: korang and family tengah jalan-jalan di sekitar bandar yang korang gi holiday tu. 
tiba-tiba tumit korang yang setinggi 8 inch tu patah! oh no! korang terjatuh kat situ and kebetulan ada ramai orang kat situ sebab ada gerai cendol ni bagi free cendol. Fuuuyyoo, gua cakap sama lu, tak ke malu kalau korang jatuh gedebukk kat situ. Bila parents pusing tengok kat korang, dieorang gelak plus geleng kepala.. lepastu ada lah mat cendol tu offer selipar jepun dia. Korang tak nak, apa standard pakai jeans Edwin, baju Elle, spek Rayban and tengok-tengok selipar jepun yang dah haus tapaknyer. But! you have to wear it because kedai kasut terdekat hanyalah berjalan lagi 15 blocks! tak ke naya? 

Aku bagi 1 je situasi sebab aku tak pernah lah tengok orang jatuh sebab heels dieorang. Tapi yang terpeleeot kaki adalah.. Aku!! hahahahahaha!! Ibu aku bukan seorang woman yang suka pakai heels sebab kaki kiteorang lebar, manalah nak fit dengan heels yang kecik-kecik tu, tapi dia beli 1 wedges nih sebab ada dinner. tapi tak tinggi mana lah heels tu, dalam 3 inch. bukan heels actually, wedges. so, aku pun try la, sje nak ngade-ngade.. dog-walk sekejap dalam rumah. tiba-tiba, ADUIHH!! soon after that, HAHAHAHAHAHAHA!!! KAKAK AILEE JATUH!!!! 

aku campak wedges ibu aku then nyorok belakang ibu aku.. Ibu aku pon join sekaki gelak dengan adik aku.. Wedges tu mujur selamat, tak putus or apa-apa yang harm terjadi kat dia. 

tu la kenangan aku, after that incident, i never tried once wear the heels or wedges yang terdapat di pasaran or family aku punyer. dah serik! 

actually girls, korang tahu tak siapa yang design heels ni? yess, man~ Lelaki! and korang tahu tak kenapa lelaki ni buat heels? sebab nak tengok punggung perempuan ni naik molek bila tengah jalan!! haaa... fact ni korang tahu tak? don't get me wrong, aku bukan nyalahkan sesiapa and tak kutuk sesiapa.. kaki korang, korang nyer pasal lah.. aku just voice out my opinion. korang tahu tak yang kalau pakai heels yang sangat tinggi ni boleh effect tulang belakang kita? (including wedges!) Bukan itu sahaja, the possibility for you to have the "ballet breaks" are very high! apa ballet breaks tu? 

ko tak terkejut ke tengok wedges tinggi nih?
"Very very high platform wedges, which are super hot right now, are prime suspects," says Meghan Cleary, resident shoe expert at shoeareyou.com. The most common injury they cause are what's known as a "ballet break". "It's when you fall off a wedge onto the side of your foot causing a stress fracture," says Cleary. "It happens because there is zero flexibility in the large platform, so your foot is locked into falling the way the platform heel dictates."

credits to Yahoo :) 


and dengar cerita, Wearing heels now causing Arthritis..

korang tak takut ke? bukan tak boleh nak pakai heels or wedges or whatsoever yang korang nak pakai, even aku pun pakai..aku pakai flats yang ada tumit 2 inch! huhu..  jangan tak pakai langsung sudah, tu lagi teghok! tapi biar la berpada-pada.. kalau rasa diri tu ren-ren. cari lah pakwe yang tinggi 2 3 inch dari anda. kalau dapat pakwe yang tinggi macam basketballer (aku pun nak pakwe camni, bagi tips camne korang ngusha dieorang.. huhu) tu, sebenarnya korang tak tinggi pun tak pe, tak yah nak rasa rendah diri, dahla korang tu rendah, rendah diri pula.. makin bertambah-tambahlar rendah nyer.. sebab, lelaki yang tinggi, most of them suka cari perempuan yang rendah banyak dari dieorang, bukan rendah sikit.. sebab dieorang feels that they have the responsibility to protect you from anything harm! kalau perempuan ada naluri keibuan, yang lelaki nyer pulak, ada naluri protective dia. bab yang laki suka pukul permpuan tu aku tak nak comment sebab aku tak dek info pasal tu. Aku tahu pasal basketballer nih sebab aku punyer Ex-boyfie tu basketballer dulu. huhu.. malu pulak!

and lagi satu, kalau perempuan berjalan mengeluarkan bunyi tumit kasut tu. yang ketak ketak ketak tu, kan berdosa.. tak payah lah rasa nak topup dosa tu. so, kurangkan and kalau boleh elakkan pakai heels! :)

Eh dah melalut! sorry ek!! aku just voice out my opinion.. for now, flat and sneakers have been my choice (and takkan pernah berubah!), and actually aku jealous dengan orang yang boleh pakai flats yang colourful sebab aku pakai yang bata punyer je, kaki lebar, gini lah jadinyer.. tapi pakai ballet flats adalah amat tidak digalakkan! kenapa? sebab.. sebab.. kalau ada banyak comment, aku tulis entry pasal tu, kalau takdek response, aku maleh! huhu.. 

add lah aku kat FB or Twitter, Miss notifications aku boring baru-baru nih, takdek kerja die kabo. :)  

Wednesday, June 22, 2011

New favourite snack... :)


serius benda alah ni sedap! 
self service!
letak je benda apa kau nak sampai korang puas hati!
then bayar ikut berat!  
(berat ice cream, bukan berat hang! :D)
lagi healthy than ice-cream biasa..!
sebab ianya diperbuat dari yogurt! 
yup, you hear me right, yogurt.. :))

Advice on students yang selalu kurang duit dalam wallet tu, korang kumpul dulu banyak-banyak then baru sepnd banyak-banyak kat situ. Baru worth! baru puas hati! boleh letak topping banyak-banyak sampai melimpah ruah!! p/s: banyak nyer aku guna perkataan 'banyak-banyak' ahaks!


For more details: Tutti Frutti

asalnya nak buat wordless wednesday jugak, tapi at the end baru perasan yang dah wordy lah pulak, terus tukar title!boleh tak nak suggest kat Nuffnang suruh dieorang bagi coupon for Tutti Frutti nih? hehe.. boelh lah Nuffnang~~ *crossing finger (tadah tangan, berdoa)*

anyway, have a great day fellas.. i already had mine!

Assalammualaikum~